Assalamualaikum
Bertepatan jumaat pertama tahun baharu,marilah bersama menanamkan satu azam dan satu tekad ke arah kecemerlangan untuk menjadi hamba Allah SWT yang beriman dengan melakukan amalan diperintahkan serta meninggalkan amalan yang diharamkan.
Maka,beruntunglah mereka yang hidup dengan melakukan keazaman menjadi hamba senentiasa berusaha ke arah kebaikan dari semasa ke semasa bersandarkan kepada hari ini lebih baik dari semalam.
Kata pepatah arab : Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam,rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam.
Sabda Rasulullah S.A.W : Sesungguhnya orang yang paling berjaya ialah orang yang hari ini lebih baik daripada semalam dan orang yang gagal adalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam,manakala orang terpedaya adalah orang yang hari ini sama dengan hari semalam".(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
>
Menjadi orang beruntung
Untuk menjadi orang yang beruntung , kita mesti sentiasa menjadi yang terbaik walau apapun dugaan dan cabaran mendatang.Tafsiran terbaik boleh diukur sendiri dengan menilai setiap apa dilakukan, bertambahkan amal atau semakin kurang.
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang yang berusaha berjuang kepada agama Kami,sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan Kami,dan sesungguhnya Allah adalah berserta orang yang berusaha membaiki amalannya ".(Surah al-Ankabut,ayat 69
>
Rancang masa depan Percayalah , kebijaksanaan melakukan perubahan dapat membantu setiap muslim dan umat Islam merancang masa depan, menyusun strategi baru yang bersesuain dengan perubahan serta mampu mengurangkan kegagalan . Perubahan dalam kehidupan mestilah membebaskan umat Islam daripada dibelenggu kebekuan yang bercanggah dengan syariat.
Rasulullah SAW bersabda :"Wahai manusia ,lakukanlah amalan mengikut keupayaan kamu, Sesungguhnya Allah SWT tidak jemu sehingga kamu jemu, amalan paling Allah suka ialah amalan yang berterusan walaupun sedikit ".(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
>
Letak tanda aras cemerlang
Lantaran itu,setiap kita yang memegang tanggungjawab sebagai umat Islam perlulah meletakkan tanda aras prestasi cemerlang dengan adanya satu azam dan satu tekad dalam diri.Ingatlah kekuatan umat Islam bukannya berdasarkan kepada bilangannya,akan tetapi kekuatan sebenar berlandaskan semangat dan keazaman yang jitu .
#
Dipetik dari keratan akhbar Berita harian