Clock

Thursday, 7 October 2021

IT'S ME AGAIN

Assalamualaikum and hai everyone.. 

hehe its been a while aku tinggalkan blog ni hahahha. last time aku tinggalkan blog ni tahun 2019 dimana aku masih di semester 2 degree and now here we go again me in 2021 where i finally finish my degree journey hahahaha. cepat je rasa kan. macam tak percaya pun ada kadang tapi tulah kenyataannya hahhaha. Korang semua macam mana? okay? sihat? ada baik kah? aku harap walaupun dimana pun kamu semua berada tetaplah baik2 sahaja ye. Macam-macam perkara yang berlaku sepanjang tahun kedua dan ketiga degree aku. Dimana yang kita satu dunia hadapi covid-19 yang mengubah hampir 360 darjah zaman degree aku. Norma baru diguna pakai (digunapakai atau diguna pakai ea?? haaaa ayokk hahahha). Dan pastinya norma baru tu sangatlah mencabar mental dan fizikal aku sebagai seorang pelajar. Sesi pembelajaran ODL (Online Distance Learning) bermula sesama aku semester 4 dimana pada mulanya perkara baik2 je yang berlaku kecuali once incindent where aku bangun lewat ye pada exam aku hahahah ish kalau ingatkan betapa gelabah nya kau time tu yaAllah hahahha. Macam2 perkara baru yang aku dan kawan-kawan aku pelajari dan aku yakin juga pelajar diluar sana juga hadapi. tak lupa juga  pada pada tenaga pengajar yang menggunakan pelbagai cara dan usaha supaya aku tetap dapat belajar walaupun dari rumah sahaja. Tapi... bila sampainya pada semester 5 dimana bermulanya tahun akhir aku dan kami perlu melakukan final year project kami huhuuhuhuhuhu sangat mencabar ye hahah. Pada semester 5 kami dikehendaki melakukan research. Pelbagai dugaan dan cabaran melakukan research secara berkumpulan dan dimana ahli kumpulan dan supervisor kami berlainan tempat bahkan berlainan negeri. Semuanya dilakukan secara atas talian. Sangat mencabar dan yes saya mengakuinya saya nangis awakkk sampai nak submit final fyp tu pun saya masih menangis. Segala puji bagi Allah kami berjaya siapkan research dan lakukan presentation. Semester 5 sangat sangat mencabar dan hampir burnt out hhaha stress sangat2. Aku harap adik2 yang bakal menghadapi fyp tak kira la melalui online atau face to face (aku dapat tahu nanti pelajar universiti dapat balik kampus semula) berjaya dan hadap dengan sabar dan tenang. Selalulah ingat, usaha tak akan sesekali mengkhianati hasil. Usaha, Ikhtiar, Doa dan Tawakkal dalam apa2 je yang dilakukan. heheh semangat je kan nampak sbb dah lepas phase tu. Syukur Alhamdulillah yaAllah. 

Semester 6 beginnn....
Pada sem 6 aku memulakan latihan praktikal aku pada 1 March 2021 sehingga 18 August 2021. Alhamdulillah aku ditempatkan di salah sebuah organisasi kerajaan tempatan di Bandar Kuantan, Pahang. Perjalanan praktikal aku yang tak semudah dan tak juga sesulit yang dibayangkan hahah. Aku bersyukur sangat dimana ada kawan2 lain dan juga aku ada terbaca dan terdengar pengalaman para pelajar praktikal lain yang menghadapi kepishangan semasa intern hahahah kerana takde kerja yang diberikan dan tidak tahu nak tulis apa ye dalam buku log haha. Aku ditempatkan di unit di Jabatan Perbendaharaan yang dimana aku belajar banyak perkara dan mengenal dengan ramai orang baru dan suasana yang baru bagi aku. Realiti di dunia nyata yang kadang kala tak seperti yang aku bayangkan dan juga realiti yang aku belum tahu sebelum aku bergelar pelajar praktikal. Banyak ilmu baru yang aku pelajar dan dapat supervisor yang sangat membantu dan tersanagtlah baik. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun hanya beberapa bulan sahaja aku keje secara bersemuka dimana selepas tu hampir beberapa bulan juga hanya berkerja dari rumah (Work from Home) disebabkan PKP yang silih berganti dan juga kenaikan kes covid yang semakin medadak di Pahang. 

Akhir kata.. 

Akhirnya aku dah habis dah pun zaman belajar aku walaupun akhir2 semester terpaksa ODL sahaja dari rumah tapi kenangan 3 semester di Jengka dah menjadi seribu satu kenangan yang kekal abadi sampai bila2. Semoga kami dipertemukan lagi suatu hari nanti. Tanpa kawan2 aku takkan mampu habiskan zaman degree aku dan berada dimana aku berada sekarang ni. Harap2 dapatlah kami convo secara bersemuka nanti. insyaAllah aamiin. 


*Kepada sesiapa sahaja yang membaca, aku harap tak kiralah apa je yang korang semua buat sama ada belajar, kerja dan peniaga. Semoga kalian semuanya sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Setiap apa yang diturunkan kepada kita semua mesti akan ada hikmah disebaliknya. Tetaplah bangkit walau apa pun yang belaku kerana Allah itu sentiasa ada. Salam sayang untuk semuaaaaa 💗💖💗💖