Clock

Wednesday, 13 February 2013

Bijak Gunakan MASA..

Assalamualaikum..
  Salah satu aspek yang harus melalui prosestranformasi ialah penggunaan masa.ukuran penggunanaan masa kebiasaannya dinilai melalui ruang yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti..
  Dalam erti kata yang lain apabila adanya penjadualan maka masa yang ditetapkan itu akan dipenuhi..
  Oleh itu sama ada di sekolah mahupun di rumah jadual patut disediakan mengikut jangka waktu yang dirancang.persoalannya adalah kenapa kita masih mengatakan 'tidak ada masa' apabila sesuatu perkara atau tugas tidak dapat dilaksanakan??
  Apakah masa yang diberikan itu tidak bersesuain dengan tugas atau tugas tersebut tidak disesuaikan dengan masa..
  Kita tidak perlu memberi jawapan kepada persoalan tersebut kerana ia merupakan satu alasan berpunca daripada kurangnya kebijaksanaan kita dalam urusan penggunaan masa..
  Sebagai seorang pelajar,penggunaan masa boleh dibahagikan kepada 2 sesi dalam musim persekolahan ini..
-Sesi di sekolah
  Dalam satu sesi,sama ada pagi atau petang.pelajar akan berada di sekolah sekurang-kurangnya 6 jam.setiap subjek pula akan mengambil masa dari 30 ke 40 minit hinggalah satu jam atau 1 jam 20 minit..
  Dalam tempoh jangka masa ini proses pembelajaran berlaku dah pelajar seharusnya menguasai setiap ilmu dan kemahiran yang diajar sebagai memenuhi hasil pembelajaran yang dirancang oleh guru..
  Namun,malangnya masih ramai pelajar yang kurang atau tidak dapat menguasai ilmu dan kemahiran yang diajar oleh guru tanpa disedari atau diketahui oleh guru itu sendiri..
  Di sini letaknya pembaziran masa dalam erti kata proses pembelajaran itu tidak lengkap iaitu input yang diberi menghasilkan output.maka sia-sialah sahaja masa yang berlalu ketika itu..
  Keadaan menjadi buruk apabila tidak ada usaha oleh pihak pelajar itu sendiri untuk mendapat bimbingan dan penjelasan daripada guru..
-Sesi di rumah
  Dirumah juga pelajar mempunyai masa yang panjang sama seperti di sekolah iaitu paling minimum 6 jam.
  Ruang masa di rumah ini agak sedikit kritikal kerana mudah 'dilupakan' atau 'ditinggalkan' apabila kita mempunyai agenda lain seperti berjumapa dengan rakan,menonton televisyen,melayari internet dan perkara-perkara yang lain yang tidak dijangka..
  Disinilah timbul istilah 'tidak cukup masa' keranawalaupun masa itu sentiasa cukup tetapi ruang pengisiannya tidak menepati keperluan..
  Dalam uasaha memastiakn penggunaan masa menepati pengisian keperluan maka setiap pelajar harus mendisiplinkan diri serta peka tentang masa..
(dipetik dari Utusan Malaysia)
(dikarang oleh DR.ISMAIL ZAIN )
# setiap insan ada kelemahannya tetapi perbezaannya adalah adakah dia mahu terus begitu atau bangkit untuk berubah bagi mengatasi kelemahannya..renung-renungkan lah..

              
           

No comments:

Post a Comment